Sunday, 8 May 2011
Kelas Kemahiran Al Quran
LATAR BELAKANG Di Kelas Aliran Agama (KAA) telah diluluskan merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran ke 87 pada 25.3.1985 telah memperuntukan. Peruntukan kelas ini juga telah diperluaskan ke semua Kelas Aliran Agama
"Seorang Guru Kelas Kemahiran al-Quran hendaklah ditempatkan di pusat kursus khas membaca dan menghafaz al-Quran yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama"
RASIONAL1. Matlamat KAA adalah untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran membaca al-Quran. Semua murid di KAA dimestikan belajar kemahiran al-Quran.
2. Pada masa ini hanya seorang guru Kemahiran al-Quran sahaja diperuntukkan bagi KAA.
3. Kemahiran al-Quran mengandungi bidang pengajian iaitu Tajwid, Tilawah, Tarannum, Ulum al-Quran, Qiraat dan Tafsir. Setiap bidang pengajian diperuntukkan 120 minit seminggu. Jadi seorang guru hanya mampu mengajar 2 kelas sahaja dengan peruntukan maa 1420 minit seminggu.
KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PENDAHULUANKelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian diwujudkan atas desakan dan permintaan ibu bapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibu bapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat. Kementerian Pelajaran Malaysia pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangan SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa.
LATAR BELAKANGKAA di Sekolah Menengah Kebangsaan telah mula dijalankan secara rintis pada tahun 1987. Pada bulan Februari 1990 Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu telah meminta pengarah-pengarah Pendidikan Negeri menubuhkan Aliran Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri masing-masing. Dalam Mesyuarat Penyelarasan Hal-Hal Profesional (PHP) ke 29 pada bulan Januari 1991 Kertas Konsep Aliran Agama di Sekolah Menengah Biasa juga telah dibincangkan. Pada tahun 1992, Kelas Aliran Agama (KAA) telah diadakan di 130 buah sekolah di Malaysia.
KRITERIA PEWUJUDAN KAA
a. Sekolah yang bercadang untuk membuka KAA hendaklah mempunyai asrama supaya dapat menampung murid yang tinggal jauh dari sekolah.
b. Semua murid KAA hendaklah tinggal di asrama. Ini bagi mengisi aktiviti-aktiviti pengukuhan dan peningkatan amalan dan penghayatan rohani dan sahsiah murid.
c. Sekolah yang mempunyai sistem perhubungan yang baik supaya murid mudah berulang alik dari rumah ke sekolah.
d. KAA hendaklah dibuka daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 atau mengikut keperluan.
e. Jumlah maksimum murid tidak melebihi 35 orang satu kelas.
f. KAA dimulakan secata bertahap dari tingkatan satu hingga lima dan murid-muridnya adalah mereka yang berada dalam kelas yang sama atau dalam kelas aliran yang sama.
g. KAA hendaklah melaksanakan pakej pengajian sama seperti mana yang dilaksanakan di SMKA.
h. KAA hendaklah melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ)
i. Di KAA Bahasa Arab hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu sekolah serta menjadi subjek yang wajib dipelajari serta wajib di ambil peperiksaan
j. Pembukaan KAA adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diadakan setiap tahun antara Bahagian-Bahagian di KPM bersama JPN.
KRITERIA PEMILIHAN MURID KE KAAa. Murid tersebut memohon masuk ke KAA dan dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN;
b. Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima 3A 2B dalam peperiksaan UPSR, Jabatan Pelajaran Negeri dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat (syarat kemasukan dilonggarkan sekiranya terdapat kekosongan atau tertakluk kepada negeri berkenaan);
c. Muri-murid tersebut boleh menulis, membaca jawi dan membaca al-Quran dengan baik dan
d. Pemilihan murid juga boleh di buat oleh pihak sekolah berdasarkan kecemerlangan UPSR dan lulus PAFA. pemilihan melalui ujian lisan dan bertulis boleh dilakukan.
PROSES PEMILIHAN MURID KE KAAa. Murid-murid yang berminat untuk memasuki KAA boleh mengisi borang yang diedarkan oleh JPN ke sekolah-sekolah;
b. Pemilihan calon-calon murid yang layak oleh Jabatan Pelajaran Negeri;
c. Pemilihan calon-calon murid yang layak juga boleh di buat oleh pihak sekolah.
d. Tawaran kemasukan dikeluarkan kepada murid yang layak oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
e. Murid tersebut memohon masuk ke KAA atau SMKA tetapi tidak mendapat tempat di SMKA dan ditawarkan ke KAA atau dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pijak JPN
Aktiviti2 Kelab KAA!
Assalamualaikum..Bermula Februari 2011 Kelab KAA telah ditubuhkan dan perjumpaan Kelab diadakan sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Jumaat. Antara aktiviti yg telah berjaya dilaksanakan ialah latihan Kalam Jamaie, Klinik Jawi, pameran Kelab KAA sempena sambutan Jubli Emas SMKDH ABDUL KADIR. Selain itu pada bulan Mac yang lepas, satu lawatan sambil belajar ke Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P.Pinang dan juga Pusat Falak Syeikh Tahir telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara Kelab KAA dan Kelab Pendidikan Islam. Melalui lawatan ke KITAB, kami mendapat pelbagai info mengenai jurusan2 yg ditawarkan di KITAB, serta menjadi pencetus semangat kepada kami utk terus belajar bagi memartabatkan KAA dan SMKA Negeri Pulau Pinang, insyaAllah... Lawatan ke Pusat Falak telah menambah lagi pengetahuan kami dalam ilmu syarie iaitu ilmu falak. Kami diajar mengenai cara2 mengira arah kiblat, serta mengkaji kedudukan2 bintang2... Setakat ini dahulu info2 yg dpt kami kongsi... jumpa lagi!!!!
Salam Ukhwah kepada semua!
Assalamualaikum kepada semua rakan2 dan juga pengunjung... Laman blog ini baharu sahaja dibangunkan bagi kami berkongsi pelbagai maklumat serta aktiviti dan program2 yg dijalankan di KAA SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR, KEPALA BATAS, PULAU PINANG. Dengan blog ini diharapkan KAA SMKDHAK dapat lebih dikenali dan menjadi pencetus kepada kecemerlangan kami di masa hadapan insyaAllah... Akhir kalam... kami mendoakan semoga semua pengunjung mendapat manfaat serta serba sedikit info dan maklumat mengenai perjalanan kami... Wassalamualaikum.
Subscribe to:
Comments (Atom)





